Article Info

Generating Product Designs Using Shape Grammar

Ang Mei Choo, Kok Weng Ng, Riza Sulaiman, Azlina Ahmad, Halimah Badioze Zaman
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2013-0201-02

Abstract

Nahu bentuk adalah kaedah formal yang berkenaan dengan bentuk. Unsur-unsur dalam nahu bentuk adalah bentuk, label dan peraturan. Nahu bentuk selalu digunakan untuk menganalisa dan menjana reka bentuk dalam pelbagai bidang termasuk seni lukis, seni bina, kejuruteraan dan produk konsumer untuk mengekalkan gaya dan struktur tertentu. Nahu bentuk yang menggunakan konsep ruang, bentuk yang boleh berurai dan aplikasi peraturan yang ketidaktentuan dapat menghasilkan reka bentuk yang muncul secara tidak sangka oleh pereka bentuk. Artikel ini akan memperkenalkan nahu bentuk dengan menggunakan nahu bentuk kekisi sinar-ais dan dua contoh nahu bentuk daripada kajian kesusasteraan untuk menunjukkan konsep kemunculan dan ketidaktentuan. Artikel ini diakhiri dengan kajian kes penjanaan reka bentuk meja mudah alih berkerusi dengan menggunakan satu nahu bentuk mudah.

keyword

nahu bentuk, reka bentuk produk; shape grammar, product design.

Area

Industrial Informatics