Tahniah! Dr. Norena Abdul Karim Zamri, selaku ketua projek bagi Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM) 2024
Tahniah diucapkan kepada Dr. Norena Abdul Karim Zamri (felo penyelidik ATMA) selaku ketua projek atas kejayaan menerima geran penyelidikan Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 30,000.00 bagi projek penyelidikan yang bertajuk: “Developing a Digital Malay Diaspora Model: Exploring the Intersection between Online Identity Formation, Cultural Preservation, and Transnational Connectivity among the Sri Lanka Malay Community”.