Setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Suhaini Md Noor atas kenaikan pangkat secara one-off ke Gred N12 (KUP)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Suhaini Md Noor atas kenaikan pangkat secara one-off ke Gred N12 (KUP).

Kenaikan pangkat ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan laluan kerjaya di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang bertujuan menghargai sumbangan serta meningkatkan motivasi warga universiti dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

Semoga kenaikan pangkat ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan untuk terus menyumbang ke arah kemajuan ATMA dan UKM.

Tahniah diucapkan!