Iklan Pengambilan GRA Dengan Tajaan Di Bawah Geran FRGS Di ATMA

Pihak ATMA amat berbesar hati mengundang para pengkaji dan pencinta bahasa dan budaya Melayu untuk menyertai penyelidikan dengan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Calon perlu mempunyai latar belakang pengetahuan bahasa Melayu yang kukuh,
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK >3.0 atau Sarjana dan mempunyai minat serta komitmen yang tinggi dalam bidang penyelidikan
  • Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam penulisan skrip dan proses penyediaan video mini adalah satu kelebihan.
  • Pemohon yang Berjaya akan menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan pembinaan kit pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), di bawah seliaan Dr. Junaini Kasdan dan Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin.

 

  • Calon yang berminat bolehlah menghantar profil diri masing-masing berserta ringkasan pernyataan minat, sebelum atau pada 25 Januari 2016 ke alamat e-mel: junaini@ukm.edu.my
  • Hanya calon yang disenaraipendekkan akan dihubungi dan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.