Wacana Bersiri Manuskrip AhlilLah Alam Melayu -Ogos 2016
Sukacita di maklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia bekerjasama dengan Pusat Islam UKM dan IKSiM akan mengadakan Wacana Bersiri 2016 Manuskrip Alam Melayu- Peringkat Antarabangsa dengan bertemakan manuskrip AhlilLah Alam Melayu.
Wacana Siri 3/2016 ini akan diadakan pada berikut:
Tarikh :13 Ogos 2016 / Sabtu
Masa : Sesi Pembentangan 1 : 9.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tajuk: Tanazzulat al-Rab Menurut Ulama Alam Melayu
Oleh: Dr. Muhammad Khairi Bin Mahyuddin
Timbalan Dekan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM
Sesi Pembentangan 2 : 2.00 Petang – 4.30 Petang
Tajuk: Taraqqi al-Abd Menurut Ulama Alam Melayu
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh Abdullah
Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu,
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM
Tempat : Dewan Kuliah DK2.102, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM
Yuran : Awam RM30 / Pelajar RM15 (termasuk kertas kerja)
Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi segera En. Ahmad Bazri di talian 03-8921 3645 / HP 011-3225 9091 atau emel bazri@ukm.edu.my
Terima Kasih