Wacana Bersiri Manuskrip AhlilLah Alam Melayu – Oktober 2016

Wacana Manuskrip Oktober

Sukacita di maklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia bekerjasama dengan Pusat Islam UKM dan IKSiM akan mengadakan Wacana Bersiri 2016 Manuskrip Alam Melayu- Peringkat Antarabangsa dengan bertemakan manuskrip AhlilLah Alam Melayu.

Wacana Siri 5/2016 ini akan diadakan pada berikut:

Tarikh : 22 Oktober 2016 / Sabtu
Masa : Sesi Pembentangan 1 : 9.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tajuk: Zawiyah Tanoh Abee Dalam Kenangan
Oleh:  Prof. Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh Abdullah

TKetua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu,
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM

Sesi Pembentangan 2 : 2.00 Petang – 4.30 Petang
Tajuk: Manuskrip Jawahir Khams: Panduan Amalan Rohani Alam Melayu
Oleh: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman
Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia

Tempat : Dewan Kuliah DK2.102, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM
Yuran : Awam RM30 / Pelajar RM15 (termasuk kertas kerja dan jamuan)

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi segera En. Ahmad Bazri di talian 03-8921 3645 / HP 011-3225 9091 atau emel bazri@ukm.edu.my