Hari Keusahawanan Mini ATMA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) akan menganjurkan Hari Keusahawanan Mini ATMA yang berkonsepkan gerai & carboot sale pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh: 23 Februari 2017 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat: Perkarangan Parkir ATMA

Pendaftaran tapak jualan dibuka kepada semua.
Sila hubungi urusetia di talian 03-8921 5280/4737 untuk sebarang pertanyaan.
Semua dijemput untuk hadir dan memeriahkan program ini.