Seminar Antarabangsa Ke-8 Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu

 

 

Seminar Antarabangsa Ke-8 Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya ini merupakan seminar yang diadakan untuk kali kelapan dan tujuan utama adalah untuk mengumpulkan hasil penyelidikan terkini berkaitan bidang arkeologi, sejarah dan budaya di Alam Melayu yang difikirkan amat penting untuk diwacanakan di peringkat antarabangsa.

Seminar ini akan mengumpulkan sarjana dan juga pelajar pasca siswazah dalam satu sidang untuk mereka bertukar pendapat dan menyampaikan hasil penyelidikan serta pemikiran mereka berdasarkan hipotesis atau teori baru. Seminar ini dijangka dapat menarik perhatian pelbagai pihak dalam negara.

Tema:

1. Bahasa, Linguistik & Kesusasteraan
2. Arkeologi, Kebudayaan & Warisan
3. Falsafah, Kesenian & Teknologi
4. Alam Sekitar, Ekologi & Masyarakat
5. Sejarah, Politik & Hubungan Antarabangsa

 

Untuk makluamat lanjut boleh hubungi urus setia persidangan:
Tel: 038921 5280
e-mel: asbam.atma@gmail.com
Laman rasmi ASBAM8: sila Klik