Bicara Persada UKM: Di Sebalik “Pulang”-Menelusuri Kebitaraan Diaspora Melayu
Bicara Persada
Bicara Persada UKM adalah satu platform yang membicarakan isu-isu nasional yang menjadi kepentingan negara samada dari perspektif kebangsaan mahu pun antarabangsa. Ini adalah Bicara Persada kali ke 50.
Pada kali ini Bicara Persada akan memaparkan tajuk Menelusuri Kebitaraan Diaspora Melayu, Di Sebalik “Pulang”. “Pulang” adalah sebuah filem yang memaparkan kisah seorang anak Melayu bernama Othman dari Serkam Melaka, yang bekerja sebagai kelasi kapal belayar meredah lautan luas hingga akhirnya memilih untuk menetap di Liverpool. File mini adalah berdasarkan sebuah Novel bertajuk Pulang
Salah satu kisah Diaspora Melayu yang berfokus kepada Rumah No 7 Jermyn Street di Liverpool. Rumah ini pernah didiami oleh Othman dalam Filem Pulang, dan kini rumah ini menjadi rumah Wakaf Malaysia@Liverpool. Kisah rumah ini telah menarik perhatian banyak pihak di negara ini dalam tempoh sebulan du ini apabila laporan mengenainya dikongsikan dalam NST dan Utusan Malaysia dan seterusnya dalam MHI TV3 dua minggu lalu.
Usaha bagi menyelamatkan Rumah No 7 yang kini merupakan Rumah Wakaf yang ditinggalkan oleh beberapa pelaut Melayu yang telah menetap di Liverpool. Rumah Wakaf ini telah menjadi rumah persinggahan dan kegunaan umum oleh pelajar-pelajar Malaysia di Liverpool, dan pastinya akan dapat dimanfaatkan oleh generasi rakyat Malaysia seterusnya. Rumah ini mempunyai nilai sejarah dalam Alam Melayu yang melibatkan Diaspora Melayu. Harapan kita dengan adanya Bicara Persada yang akan mengupas fenomena Diaspora Melayu serta keprihatinan UKM terhadap kepentingan Rumah Wakaf ini, dan seterusnya melancarkan Dana Pemulihan Rumah Wakaf No 7 Jermyn Street ini bagi mengutip derma dan sumbangan dari semua pihak yang sudi membantu. Beberapa usaha lain juga telah digerakkan bagi menyelamatkan Rumah Wakaf ini telah didaftarkan sebagai Charity Base di Liverpool.
Ahli Panel terdiri dari Prof Emeritus Dato Dr Wan Hashim Wan The, mantan Pengarah ATMA, kini ahli akademik di UPNM, Dato’ Capt Jaafar Lamri, Head of Cluster Shipping and Maritime Majlis Perundingan Melayu, Sdr Hj Omar Othman, anak kepada Othman, dalam Filem Pulang, Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primewokrs Studios, En. Jantan Lisot, Pemegang Amanah Ruma Malaysia@Liverpool. Sdr Nizal Mohamad, mantan personaliti TV3, akan berperanan sebagai moderator dalam Bicara Persada ini.
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
www.atma.ukm.my
pghatma@ukm.edu.my