Siri Wacana ATMA: Seni Figuratif & Isu Sosial dari Perspektif Alam Melayu

Sinopsis

Lakaran, lukisan, lontaran cat, percikan warna air, sapuan dan hayunan berus, secara bersahaja mahupun secara teliti dan rapi, yg akhirnya memberi sesuatu wajah, samada yg ketara atau abstrak adalah suatu seni figuratif yang mempunyai 1001 makna padanya. Kalau novelis bercerita dengan tulisannya, pelukis bercerita dengan berus, pensil dan warnanya. Jom bersama panelis antaranya adalah tokoh seni figuratif lulusan Harvard dan tokoh budayawan dan novelis Melayu yang terkenal dalam negara.

Seni figuratif memaparkan luahan perasaan insan terhadap kehidupan alam semesta dan makhluk di dalamnya. Mesej yang tersirat dan tersurat boleh dicungkil dari setiap lakaran yang memanisfestasikan isu-isu sosial yang berlingkaran dalam masyarakat kita.

Bidang seni figuratif bukanlah satu yang baru, sebaliknya telah lama dihayati oleh dalam Alam Melayu. Tokoh-tokoh artis pelukis Nusantara telah menghasilkan ribuan lakaran dan lukisan yang sebahagiannya telah dipamerkan di Balai Seni Visual, yang dulu dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara.

Wacana kali ini membariskan tiga ahli panel yang secara khusus terlibat dalam seni figuratif. Kupasan ahli panel akan menyentuh sejarah, skop dan perkembangan seni figuratif dan hubungannya dengan isu-isu sosial.

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
www.atma.ukm.my
pghatma@ukm.edu.my