Siri Wacana ATMA: Motif Alam Melayu di dalam Seni Persuratan & Seni Iluminasi Al-Quran

Sinopsis

Di dalam Al Quran terdapat lakaran motif hiasan pada bahagian kulit depan yang indah dan menarik dan begitu juga lakaran motif hiasan pada tepi margin dan sekeliling setiap halaman Al Quran. Biasanya motif hiasan ini adalah bersumber luar dari Malaysia walaupun ia berunsurkan flora. Banyak pengaruh Parsi, Arab dan India terdapat pada motif-motif yang dilakarkan. Kesedaran perlunya lakaran motif mengikut cita rasa tempatan dan nilai budaya Melayu Nusantara telah berputik lama dalam sekelompok pengukir dan pencinta seni ukir and motif di tanah . Bertolak dari kesedaran ini, semua pihak harus berganding bahu menghidupkan kembali seni motif hiasan Al-Quran yang telah pupus 500 tahun di Nusantara ini.

Justeru, dalam siri Wacana kali ini, ATMA mengundang 3 panelis yang terlibat secara langsung dalam usaha menghidupkan kembali seni motif hiasan Al Quran iaitu Dato’ Farid Abd Jalal, Pengarah Perbadanan Muzium Pahang, Adiguru Norhaiza Norhaiza Nordin, Prof Adjung ATMA UKM dan Mohd Bokhari Abdullah, Pengarah & Penerbit Eksekutif Sriwijayamala Network Sdn Bhd yang akan mengupas dan membahaskan sejarah perkembangan motif dan iluminasi yang terdapat dalam pelbagai versi Al Quran di Malaysia khususnya dan Nusantara amnya

Wacana ini turut mempamerkan hasil kerja Adiguru Norhaiza Nordin berkaitan dengan motif dan iluminasi Al Quran yang dicadangkan untuk mushaf Al Quran terbitan Majlis Raja-Raja.

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
www.atma.ukm.my
pghatma@ukm.edu.my