INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

ZAMAN PROTO SEJARAH DI MALAYSIA – SATU PENGENALAN

Butiran

Pengarang: Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Penerbit: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Tahun: 2012
Jumlah Halaman
Rujukan/Muat TurunKlik di sini

Ringkasan

Buku ini adalah pengenalan mengenai apa yang dimaksudkan dengan Zaman Proto- Sejarah terutamanya di Malaysia. Zaman Proto-Sejarah secara ringkasnya ialah zaman di mana masyarakatnya sudah mengenali tulisan dalam bentuk aksara kuno seperti aksara India Selatan, Pali, Pallava dan Kawi dan ditulis dalam bahasa kuno seperti Sanskrit, Melayu Kuno dan lain-lain. Zaman Proto-Sejarah ini bermula sejak awal abad Masihi sehinggalah ketika Melaka dibuka oleh Parameswara. Selain membicarakan tentang kerajaan-kerajaan awal di Malaysia difikirkan perlu juga mengaitkan dengan kerajaan-kerajaan lain di Asia Tenggara yang ada hubungan dengan Semenanjung Tanah Melayu dan juga Borneo seperti kerajaan Funan, Lin-yi, (Campa), Molayu (Jambi), Srivijaya, Kutei dan lain-lain yang mana pada ketika itu dunia Melayu ini sangat luas tanpa merujuk kepada sempadan geopolitik yang ada pada masa kini. Data yang diperoleh untuk membicarakan tentang Zaman Proto- Sejarah ini terdiri daripada data arkeologi dan sumber bertulis lain asing seperti catatan-cacatan dari India, Yunani, Chin, Arab-Parsi dan Asia Tenggara serta catatan bertulis tempatan. Buku ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai rujukan para pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah Malaysia tidak kira pelajar sekolah peringkat menengah atau para pelajar di universiti serta pengkaji serta peminat sejarah di Malaysia.

ISBN: 978-983-2457-51-0

Skip to content