INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

ISU-ISU PENTARIKHAN TAPAK WARISAN & ARTIFAK BUDAYA ALAM MELAYU

Butiran

Pengarang: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Asyaari Muhammad & Zuliskandar Ramli
Penerbit: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Tahun: 2012
Jumlah Halaman
Rujukan/Muat TurunKlik di sini

Ringkasan

Buku ini menghuraikan tentang kepentingan pentarikhan dalam kajian arkeologi di mana pentarikhan tersebut boleh dibahagi kepada dua iaitu pentarikhan kronometrik dan pentarikhan relatif. Teknik yang diaplikasikan dalam pentarikhan kronometrik adalah seperti teknik radiokarbon, spektrometri jisim tepat (AMS), termo perda kilau (TL), pendar kilau rangsangan optik (OSL), resonan spin elektronik (ESR), kesan belahan (FT), dendrokronologi, pentarikhan kalium-argon, kaedah siri uranium dan lain-lain manakala teknik yang digunakan dalam pentarikhan relatif pula menggunakan kaedah secara stratigrafi, tipologi, pentarikhan seriasi (urutan bersiri) dan pentarikhan bersilang. Artikel dalam buku ini kebanyakannya telah menggunakan teknik pentarikhan dalam merekonstruksi semula sejarah peradaban di alam Melayu terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada penyelidik, penuntut khusus dalam bidang arkeologi dan sejarah di institusi pengajian tinggi, individu yang berminat dalam kajian dan penulisan tentang arkeologi dan pentarikhan tapak serta pengkaji serta peminat sejarah di Malaysia atau Nusantara.

ISBN: 978-983-2457-43-5

Skip to content