Webinar “Bahasa Melayu dalam Pelestarian Budaya Keilmuan”
PROGRAM BULAN BAHASA 2021 – “Bahasa Melayu dalam Pelestarian Budaya Keilmuan”
Tarikh: 21 Oktober 2021
Masa: 2:30 Petang – 4:30 Petang (Webinar)
Platform: Webex
Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/bmbudayailmu
Bulan Bahasa Kebangsaan mula digerakkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu agensi kerajaan yang diberi amanah untuk memajukan dan mengembangkan bahasa kebangsaan, sejak tahun 1960-an. Gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan yang disusuli dengan beberapa gerakan lain seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita dan Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta masih relevan dan terus dilaksanakan untuk memacu perkembangan bahasa menurut keperluan zaman. Pada ketika ini, antara keperluan yang mendesak termasuklah melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memenuhi keperluan itu dengan penganjuran webinar dan sesi perbincangan dalam format Sidang meja Bulat yang bertemakan Bahasa Melayu dalam Pelestarian Budaya Keilmuan bagi program Bulan Bahasa 2021.
Program ini mensasarkan peserta di kalangan pensyarah dan pentadbir di institut pengajian tinggi awam dan swasta yang mana program ini dapat dijadikan sebagai platfrom kepada tokoh / ahli / pakar bidang untuk membincangkan hala tuju dan peranan Bahasa Melayu dalam Pelestarian Budaya Keilmuan.
AKEPT dan ATMA berbesar hati mengundang tuan/puan untuk menyertai webinar ini dan menyokong usaha melestarikan Bahasa Melayu dan menjunjung bahasa kebangsaan kita.
Semoga program ini memberi banyak manfaat untuk kita semua #keluargamalaysia.