INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA 2023)

Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara Kali Ke-2 (SUTERA 2023) merupakan platform kepada para penyelidik, ahli akademik, pelajar dan orang awam dari dalam dan luar negara dalam membudayakan penyelidikan bahasa, susastera dan budaya Nusantara sebagai wadah penguasaan ilmu. SUTERA kali ke-2 ini dapat menyatukan dan menghimpun sarjana/pakar/ilmuwan dalam bahasa, susastera dan budaya dari seluruh dunia, khususnya negara-negara ASEAN untuk berkongsi hasil penyelidikan mutakhir masing-masing dalam usaha melestarikan bahasa, susastera dan budaya di Nusantara. SUTERA 2023 juga dapat mengangkat SDG 3,4, dan 11 dengan menyepadukan elemen bahasa, susastera dan budaya dalam segala aspek kegiatan, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

Skip to content