Panggilan Kertas Kerja: Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024

Panggilan Kertas Kerja: Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024.

Persidangan ini adalah anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Penterjemahan Malaysia dan PETRONAS.

Tema persidangan “Peristilahan dalam Era Kecerdasan Buatan dan Komunikasi Global” pada masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh: 4 – 5 September 2024
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sehubungan itu, kami dengan penuh takzim mengundang para akademik, ahli profesional, para pelajar dan pengguna bahasa untuk sama-sama menyertai persidangan ini.

Sub tema persidangan adalah;
• Peristilahan dalam pelbagai bidang ilmu.
• Pemanfaatan AI dan teknologi digital dalam peristilahan.
• Peristilahan dalam komunikasi global.
• Pemasyarakatan istilah.
• Peristilahan dalam perindustrian.
• Peristilahan dalam terjemahan.

Bersama-sama ini disertakan poster program untuk rujukan. YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh membuat imbas kod QR pada poster tersebut atau boleh layari laman web https://lamanweb.dbp.gov.my/perantis/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.