Panggilan Kertas Kerja: Seminar Antarabangsa ke-12 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu (EHMAP-12 2024)

PANGGILAN KERTAS KERJA: SEMINAR ANTARABANGSA KE-12 EKOLOGI, HABITAT MANUSIA & PERUBAHAN PERSEKITARAN DI ALAM MELAYU (EHMAP-12 2024)

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakultas Perikanan & Kelautan, Universitas Riau, Indonesia dengan kerjasama Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Ke-12 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu (EHMAP-12 2024) pada 25 & 26 Julai 2024 secara bersemuka bertempat di Beverly Hotel, Pulau Batam, Indonesia.

Tema bagi seminar EHMAP-12 ini adalah “Ke Arah Pembangunan Anjakan Paradigma dalam Bidang Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu”.

Subtema:
❖ Kemapanan Ekologi dan Perubahan Persekitaran
❖ Habitat Manusia dan Impak Terhadap Persekitaran
❖ Impak Pencemaran Terhadap Ekologi dan Habitat Manusia
❖ Perubahan Persekitaran dan Kesihatan Ekosistem
❖ Pelbagai Langkah Mitigasi dan Adaptasi
❖ Arkeologi, Sejarah dan Budaya
❖ Pelancongan dan Warisan
❖ Etnobotani
❖ Petunjuk ekologi
❖ Perikanan dan Alam Semula Jadi

Medium perantaraan:
Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris

Yuran Penyertaan:
a) Pembentang: RM 700
b) Peserta: RM 500

Tarikh Penting:
– Tarikh akhir penghantaran abstrak: 8 Jun 2024
– Penghantaran kertas kerja penuh dan bayaran: 15 Julai 2024

– Penghantaran abstrak dan kertas kerja penuh: ehmap@staff.unri.ac.id
__________________________________________________

Jawatankuasa Penganjur amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk menyertai seminar ini dan memanjangkan panggilan kertas kerja ini kepada ahli akademik, penyelidik dan para pelajar.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh emelkan kepada Sekretariat EHMAP-12 (ehmap@staff.unri.ac.id) di talian +62 8127541857 atau Dr. Razanah Ramya razanah.ramya@ukm.edu.my