Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Manuskrip Melayu Peringkat Kebangsaan

Dimaklumkan Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM akan menganjurkan Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Manuskrip Melayu peringkat kebangsaan bersempena dengan bulan Ramadan 1445H/2024 secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bersekolah rendah dan menengah rendah di seluruh Malaysia yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun.
Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori:
Kategori A (umur 7 -9 tahun)
Kategori B (Umur 10-12 tahun)
Kategori C (Umur 13-15 Tahun)
Tarikh Penyertaan: 12 Mac 2024–11 April 2024.
Yuran Penyertaan: RM 20.00
Sehubungan itu, para Ibubapa/ Penjaga yang berminat untuk anak-anak bagi menyertainya perlulah mengisi borang pendaftaran Google Form https://tinyurl.com/mwarnamushaf2024
Sebarang maklum balas hubungi, 011-7007 7429 (Whatsapp/call) En. Abdul Azzim Nawi, Urus Setia Program atau atau email ppmam@ukm.edu.my