Seminar Antarabangsa ke-9 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

pb_EHMAP_KK_2016

Universitas Riau, Pekanbaru, Riau, Indonesia dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI) UKM, Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (EMS) akan menganjurkan SEMINAR ANTARABANGSA KE- 9, EKOLOGI, HABITAT MANUSIA & PERUBAHAN PERSEKITARAN DI ALAM MELAYU pada 2 dan 4 Ogos 2016.

Sehubungan itu, pihak ATMA amat berbesar hati mengundang para pengkaji, ahli akademik, para pelajar siswazah, dan pencinta warisan budaya Melayu dan Alam sekitar untuk menghantar kertas kerja untuk dibentangkan dalam seminar berkenaan.Tarikh penting dan kadar bayaran adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 dan 4 Ogos 2016
Tempat : Hotel Grandia, Jl. Cihampelas No.90-92 Tamansari Bandung, Wetan Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Tarikh akhir penghantaran astrak : 30 Jun 2016
Makluman Penerimaan : 5 Julai 2016
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh : 10 Julai 2016

Kadar bayaran:
pembentang: RM 500.00 (*termasuk pelajar)

Brosur: Brosur Seminar EHMAP

 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Urusetia
Seminar Antarabangsa Ke-9,
Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
43600 Bangi, Selangor

Tel: 603-8921 5280 / 3694
Faks: 603-8925 4698
Email: ziskandar@ukm.edu.my