SEMINAR ANTARABANGSA MANUSKRIP MELAYU 2021 (SEMALU 2021)
PANGGILAN KERTAS KERJA DAN JEMPUTAN KE SEMINAR ANTARABANGSA MANUSKRIP MELAYU 2021 (SEMALU 2021)
……………………………………………….
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM akan menganjurkan SEMINAR ANTARABANGSA MANUSKRIP MELAYU 2021 (SEMALU 2021).
Perincian seminar adalah seperti berikut:
TARIKH: 01 & 02 Disember 2021 (Rabu & Khamis)
TEMPAT: Dalam Talian (Webex)
Sehubungan itu, pihak penganjur ingin menjemput para ahli akademik, ahli penyelidik, siswazah, orang awam yang berminat untuk menyertai seminar ini.
TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 8 Ogos 2021 (Ahad)
Tarikh makluman penerimaan: 30 Ogos 2021 (Isnin)
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja: 15 Oktober 2021 (Jumaat)
Tarikh akhir bayaran yuran: 15 November 2021 (Isnin)
YURAN
Pembentang: RM 100.00 (Malaysia) $25 (Antarabangsa)
Peserta biasa : RM 50.00 (Malaysia) $15 (Antarabangsa)
Yuran adalah termasuk Sijil Penyertaan & E-Prosiding.
Pendaftaran & penghantaran Abstrak boleh dilakukan di pautan berikut:
PELUANG PENERBITAN
Semua artikel yang diterima akan diterbitkan di dalam E-Prosiding Persidangan yang mempunyai nombor ISBN.
Artikel terpilih akan diterbitkan di dalam Bab dalam Buku
MAKLUMAT PEMBAYARAN
Penama : Universiti Kebangsaan Malaysia
Nombor Akaun: 8002234307 CIMB
ย Untuk maklumat lanjut, hubungi:
+6011-32259091 (En. Ahmad Bazri, ATMA, UKM)
bazri@ukm.edu.my
+6012-2015419 (Cik Alia Amira Abd Rahim, UPM)
amira.rahim@upm.edu.my