Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akan menganjurkan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu pada 22-24 Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.
Matlamat simposium ini dilangsungkan adalah bagi menyahut kenyataan YAB Perdana Menteri yang mahukan bahasa Melayu dimartabatkan dalam negara dan diperluas penggunaannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa.
Program simposium akan melibatkan 3 Ucap Utama, 15 Sidang membabitkan pembentangan kertas kerja oleh 60 tokoh dari Malaysia, negara-negara ASEAN dan antarabangsa serta 2 Forum membabitkan 12 tokoh.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan:
https://myapps2.upsi.edu.my/qr/register