Siri Wacana ATMA: Sejarah dan Perkembangan Muzik Kontemporari Nusantara
Sinopsis
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MUZIK KONTEMPORARI NUSANTARA
Muzik adalah salah satu elemen budaya dan warisan bagi mana-mana tamadun. Di Alam Melayu, muzik tradisional sarat dengan alunan melodi dan lirik yang mempunyai identiti tersendiri. Tetapi interaksi budaya antara kaum mengundang kepada saduran melodi dan terjemahan lirik Apabila masa berubah, alunan melodi berubah kepada pop dan tidak kurang juga diberi nafas baru kepada muzik tradisional dengan adanya alat muzik lebih canggih.
Alunan muzik di Alam Melayu termasuk Nusantara meliputi negara Malaysia dan Indonesia. Komposer muzik Malaysia dan Singapura tidak terlepas dalam menyumbang kepada lagu–lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Singapura dan Indonesia.
Wacana ATMA kali ini menampilkan gandingan pemuzik, seniman tanah air, Dato’ Seri Dr Ahmad Nawab dengan penulis 500 lirik lagu iaitu Prof Adjung Hj Chuari Selamat dan Pengarah Pusat Kebudyaan USIM iaituEncik Ismail Ahmad bagi mengupas perkembangan muzik kontemporari Nusantara.