Mengapa Puisi di Zaman yang Prosaik? Peranan dan Masa Depan Puisi dalam Sebuah Tamadun
Sukacita di maklumkan bahawa Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM akan mengadakan Siri Wacana Cendekiawan ATMA bertajuk Mengapa Puisi di Zaman yang Prosaik? Peranan dan Masa Depan Puisi dalam Sebuah Tamadun. Dijemput semua untuk turut hadir.
Sinopsis
Prosa dianggap sebagai karya sastra yang berbentuk cerita yang bebas, tidak terikat oleh rima, irama, dan kemerduan bunyi seperti puisi. Bahasa prosa seperti bahasa sehari-hari. Ia dilihat sebagai nilai tambah estitik dalam berbahasa. Bahasa menjadi indah dengan penulisan atau pertuturan yang menggunakan prosa.
Prosa boleh dibahagi kepada dua: fiksi dan nonfiksi. Prosa fiksi adalah berupa cerita rekaan atau khayalan pengarangnya. Isi cerita tidak sepenuhnya berdasarkan pada fakta. Prosa fiksi disebut juga karangan narasi sugestif/imajinatif. Manakala Prosa Non Fiksi ialah karangan yang tidak berdasarkan rekaan atau khayalan pengarang tetapi berisi hal-hal yang berupa informasi faktual (kenyataan) atau berdasarkan pengamatan pengarang. Prosa nonfiksi disebut juga karangan semi ilmiah seperti: artikel, tajuk rencana, opini, biografi, tips, reportase, jurnalisme baru, iklan, pidato dan fetur.
Dalam prosa, tulisannya yang memang berbeza dengan puisi dari segi kepelbagaian irama yang lebih meluas dan keserupaan yang lebih rapat dengan pola-pola pertuturan harian. Perkataan ‘prosa’ datangnya daripada bahasa Latin, prosa, yang membawa maksud “jelas dan mudah”. Ini memerihalkan jenis tulisan yang dirangkumi oleh prosa, tanpa sebarang hiasan. Tulisan prosa biasanya digunakan untuk memerihalkan fakta atau perbincangan idea-idea. Oleh itu, ia digunakan untuk akhbar, majalah, novel, ensiklopedia, skrip filem, filem, falsafah, surat, karangan, sejarah, biografi, dan banyak lagi bentuk media.
Tetapi hari ini, bahasa prosa pada umumnya sudah mencair dan kiasan serta metafora ibarat dilupakan. Apakah kita sudah meninggalkan bahasa pantun, gurindam dan sajak yg pernah menjadi ucapan utama yg merdu dan canggih? Namun mengapakah bahasa ini pernah mendapat tempat dalam bahasa harian dan dianggap penting satu ketika dulu? Apa sudah jadi dengannya pada hari ini? Ke manakah hala tujunya hari ini jika ia masih dihargai? Apakah peranannya dlm sesebuah tamadun bangsa? Inilah antara persoalan yang akan dibicarakan dalam Wacana kali ini.
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603 8921 5280
Faks: 603 8925 4698
Emel: pghatma@ukm.edu.my