Wacana ATMA: Eurosentrisme, Kolonialisme dan Pembinaan Imej Melayu: Satu Pengamatan Sejarah
Undangan ke program Wacana ATMA: Eurosentrisme, Kolonialisme dan Pembinaan Imej Melayu: Satu Pengamatan Sejarah
Tarikh : 28 April 2021 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi – 11.30 pagi
plaform : Aplikasi Zoom di pautan:
https://tinyurl.com/wacanaatma0421
(ID: 930 8740 1356, kata laluan: 429309)
Masa : 9.30 pagi – 11.30 pagi
plaform : Aplikasi Zoom di pautan:
https://tinyurl.com/wacanaatma0421
(ID: 930 8740 1356, kata laluan: 429309)
Pembentang:
Dr Azmi Arifin
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
Dr Azmi Arifin
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
Moderator:
Prof. Madya Dr. Asyaari Muhammad
Timbalan Pengarah
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Prof. Madya Dr. Asyaari Muhammad
Timbalan Pengarah
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Kesudian YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan meluangkan waktu untuk memenuhi undangan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
Sinopsis:
Kajian ini membincangkan tentang pengaruh pemikiran Eurosentrisme dan kolonialisme dalam pemaparan serta pembentukan imej orang Melayu pada kurun ke-19. Semasa dalam proses campurtangan dan mengembangkan imperialisme di negeri-negeri Melayu, askar-askar dan pentadbir British, dalam usaha mewajarkan imperialisme, cuba membina imej-imej kemunduran dan kejahatan peribumi melalui catatan-catatan dan laporan-laporan mereka tentang nilai-nilai, sifat-sifat dan amalan sosiopolitik orang Melayu di negeri-negeri Melayu kurun ke-19. Tujuan utama mereka di sebalik laporan dan catatan meluas yang dihasilkan tentang orang Melayu itu adalah untuk disesuaikan dengan pemikiran dan sikap prejudis mereka tentang wujudnya imej Asiatik-despotisme-feudalisme yang sedang berkembang dan mengukuhkan pemikiran Eurosentrisme dalam masyarakat umum di Britain khususnya menjelang penghujung kurun ke-19. Seiring dengan kepentingan imperialisme, bahkan pada satu peringkat, rasisme, penjelajah dan pentadbir British cuba mewujudkan satu persepsi dan kepercayaan bahawa dalam proses kemaraannya untuk mengeksploitasi sumber-sumber kekayaan ekonomi di negeri-negeri Melayu, British bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kemunduran dan kejahatan sistem peribumi tetapi juga sedang membawa kemajuan dan memperkenalkan kemanusiaannya ke negeri-negeri Melayu. Pembinaan imej-imej negatif terhadap sifat, amalan dan budaya peribumi dilakukan melalui proses pembinaan semula naratif peribumi, penciptaan mitos-mitos tentang kebejatan sistem sosial dan politik peribumi serta pengenalan konsep-konsep sejarah Eurosentrik yang sesuai dengan ideologi kolonial- Eurosentrisme. Melalui catatan-catatan dan penguasaan terhadap naratif sejarah peribumi, pihak British misalnya bukan sahaja membina tanggapan negatif tentang kemunduran orang Melayu dan kekejaman sistem sosial dan politiknya, bahkan mewujudkan satu justifikasi yang dapat mengesahkan segala dasar pengeksploitasiannya di negeri-negeri Melayu. Pengaruh ideologi kolonial dan Eurosentrisme yang amat kuat dalam tradisi pensejarahan peribumi dan kemudiannya pensejarahan Malaysia telah membelakangi kelangsungan imej Melayu yang negatif, terutamanya dalam bentuk absolutisme, despotisme dan feudalisme sehingga ke hari ini, walaupun selepas begitu lama berakhirnya kolonialisme British. Bahkan sifat-sifat yang wujud dalam pensejarahan Malaysia pascakolonial hari ini dari segi rujukan, kerangka penzamanan, dan konsep-konsep sejarahnya boleh dikatakan masih amat kuat berbau Eurosentrik, walaupun seruan-seruan agar sejarah Malaysia dilihat dan diubah kepada kacamata Malaysia sentrik telah lama diajukan.