Wacana Manuskrip: Kaligram ‘Singa Ali’ Di Asia Tenggara
Sukacita di maklumkan bahawa pihak Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM akan mengadakan Wacana Manuskrip dengan perincian seperti berikut:
Tarikh : 19 Julai 2017 / Rabu
Masa : 10.00 Pagi
Tajuk: Kaligram ‘Singa Ali’ Di Asia Tenggara
Oleh: Dr. Farouk Yahya (Muzium Ashmolean, Universiti Oxford)
Tempat : Bilik Wacana, ATMA UKM
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ahmad Bazri di talian 03-8921 3645 atau emel: bazri@ukm.edu.my
Abstrak
Sejak abad kelima belas, imej singa di dalam bentuk kaligram (teks yang dibentuk sebagai imej) boleh ditemui di sekitar dunia Islam terutamanya di Iran, Turki dan India. Imej ini biasanya dikaitkan dengan Saidina Ali bin Abi Talib dan oleh itu ia selalunya dirujuk sebagai ‘Singa Ali’. Di Asia Tenggara, kaligram berbentuk singa boleh dijumpai di atas pelbagai jenis media seperti manuskrip, ukiran kayu dan tekstil. Namun singa bukan spesies asli di Asia Tenggara, dan oleh kerana itu kaligram ini sebaliknya sering dirujuk sebagai ‘Harimau Ali’ ataupun ‘Macan Ali’. Setakat ini dua jenis kaligram ini telah dikenal pasti di Asia Tenggara. Jenis yang pertama amat popular di Cirebon di Jawa Barat, manakala jenis yang kedua sering dijumpai di Kelantan dan Patani di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Kertas kerja ini akan membincangkan kedua-dua jenis kaligram ini di dalam konteks penggunaan kaligram dan azimat di Asia Tenggara.
Biodata
Dr. Farouk Yahya kini bertugas sebagai Leverhulme Research Assistant – Islamic Art and Culture di Ashmolean Museum, University of Oxford. Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana (MA) and Doktor Falsafah (PhD) dari School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London di dalam bidang sejarah seni. Buku-buku beliau adalah The Arts of Southeast Asia from the SOAS Collections (Pulau Pinang: Areca Books, 2017) dan Magic And Divination in Malay Illustrated Manuscripts (Leiden: Brill, 2016).