SARI #sentuhjiwa
ATMA (اتما) dalam bahasa Melayu klasik bermakna jiwa, nyawa.
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) bermula sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang telah ditubuhkan pada 1 Disember 1972. Tujuan penubuhan ATMA ialah menawar program pengajian pascasiswazah iaitu Sarjana Persuratan dan Doktor Falsafah, menjalankan penyelidikan dalam Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu serta menjadi pusat rujukan bidang- bidang tersebut. Penukaran nama IKKBM kepada ATMA pada tahun 1992 telah meluaskan kajian Alam dan Tamadun Melayu dengan penambahan beberapa tujahan baru.
Semenjak penubuhannya, ATMA berpandukan takrifan yang luas tentang Alam dan Tamadun Melayu yang mencakupi aspek kerohanian falsafah, ilmu dan pemikiran, adab dan kesantunan, budaya material, dan semua aspek kehidupan dalam kosmologi Melayu. Hamparan Alam Melayu yang luas terbentang itu meliputi tanah, samudera dan angkasa dan dipayungi oleh Akal dan Budi Melayu.
Untuk menyahut cabaran watan dan sejagat, ATMA menampilkan tamadun Melayu sebagai peradaban yang berdaya saing, dinamik, inovatif, dan pada masa yang sama santun dan peka terhadap agama dan tradisi leluhur.
VISI
ATMA bertekad untuk menjadi sebuah institut terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan tentang Alam dan Tamadun Melayu bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat bertamadun yang dinamik, berakhlak, berilmu, berkepimpinan dan berminda global.
MISI
Menjadi institut terpilih yang memartabatkan bahasa dan tamadun Melayu serta mensejagatkan ilmu ketamadunan yang beracuan budaya kebangsaan berteraskan budaya Melayu.
KEPIMPINAN ATMA
[ IBKKM (1972-1993) & ATMA (Mei 1993) ]
Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
1972-1975
Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
1975-1976
Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman
Pengerusi JK Pentadbir IBKKM (1979-1981)
Prof. Dr. Farid M. Onn
1982-1984
Prof. Dr. Ismail Hamid
1985-1987
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Ismail Hussein
1987-1993
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh
1993-1995
Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
1995-1999
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
1999-2007
Prof. Emeritus Dr. Che Husna Azhari
2007-2008
Prof. Dr. Abdul Latif Samian
2008-2013
Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin
2014-2017
Prof. Dr. Supyan Hussin
2017– 2020
Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan
2021 – 2023
Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad
2023– kini