Skip to content

institut Alam dan Tamadun Melayu

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

Program Ijazah yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan adalah dalam mod penyelidikan sahaja secara sepenuh masa atau separuh masa dalam pengajian berikut:

  • Sarjana Persuratan
  • Doktor Falsafah

Tempoh Pengajian

ProgramSepenuh MasaSeparuh Masa
Sarjana Persuratan2 hingga 6 semester4 hingga 8 semester
Doktor Falsafah6 hingga 12 semester8 hingga 14 semester

 

Kelayakan dan Syarat Kemasukan

Sarjana Persuratan

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau kelulusan yang setaraf dengannya; ATAU
  2. Mempunyai  Ijazah  Sarjana Muda  yang  diiktiraf  oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperoleh PNGK kurang daripada 2.50 dan lebih daripada 2.00 dan mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat dan rapi.
  3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperoleh PNGK kurang daripada 2.75 dan tidak kurang daripada 2.50, boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat dan rapi; ATAU
  4. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL);

Doktor Falsafah

  1. Ijazah Sarjana dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; ATAU
  2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; ATAU
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program Sarjana secara mod penyelidikan secara sepenuh masa di UKM dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Pengarah; serta memenuhi dan mematuhi syarat Standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (MDD) yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan institut dan diiktiraf oleh MQA dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; ATAU
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Keperluan Bahasa (Calon Antarabangsa)

1. Keperluan Bahasa Inggeris

a. Pelajar antarabangsa perlu mendapat skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program, iaitu:

Syarat Keperluan Minimum Skor/ Band
MUETBand/ 4
TOEFL (iBT)Skor/46
TOEFL pBTSkor 553
IELTSBand 5.5
CEFR/ HEETBand B2/ 6

atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common European Framework of Reference (CEFR). Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan semasa membuat permohonan pengajian.

b. Pelajar antarabangsa yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan tawaran bersyarat seperti yang berikut:

i. Pelajar dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman di UKM dengan had tempoh masa selama dua (2) tahun maksimum dan tertakluk kepada peraturan Jabatan lmigresen Malaysia yang sedang berkuat kuasa; dan

ii. Pelajar antarabangsa yang mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman perlu menduduki peperiksaan IELTS atau TOEFL atau MUET atau HEET atau mana-mana peperiksaan yang telahdijajarkan kepada CEFR bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris.

iii. Pengecualian kepada syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (1a) dan (1b) tertakluk kepada:

  • pelajar antarabangsa yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; dan
  • pelajar antarabangsa yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UKM.

c. Calon antarabangsa nusantara diberikan kelonggaran syarat kompetensi Bahasa Inggeris.

Syarat Wajib Program

 

KeperluanProgram
Sarjana PersuratanDoktor Falsafah
Kursus Bahasa MelayuUntuk Calon Bukan WarganegaraUntuk Calon Bukan Warganegara
Kursus Kaedah PenyelidikanIIII6114  – Metodologi Penyelidikan Pengajian Alam Melayu I
(4 kredit)
IIII8014- Metodologi Penyelidikan Pengajian Alam Melayu II
(4 kredit)
Kursus Institut (ATMA)IIII6012 – Kajian Alam dan Tamadun Melayu
(2 kredit)
IIII6012 – Kajian Alam dan Tamadun Melayu
(2 kredit)
Kursus PenulisanIIII8122 -PENULISAN ILMIAH SISWAZAH
(2 kredit)
Pembentangan Penyelidikan di Kolokium Siswazah ATMA

1.    Proposal

2.    Hasil Kemajuan

3.    Laporan Akhir

1.    Proposal

2.    Hasil Kemajuan

3.    Laporan Akhir

Penerbitan

Sekurangnya-kurangnya satu (1) Artikel dari
mana-mana kategori yang berikut:

  • Jurnal ERA/Scopus/WoS;
  • Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite;
  • Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit
    tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM
    atau MAPIM.

Dua (2) Artikel Jurnal Berindeks
Scopus/WoS;
ATAU sekurang-kurangnya satu (1) Jurnal
Scopus/WoS DAN satu (1) Artikel dari
kategori berikut:

  • Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut;
  • Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM.
Bantuan Kewangan

1. Agensi Kerajaan

a) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
• Peringkat: Semua program
• E-mel: ukmcare@ukm.edu.my

b) Pinjaman MARA
Graduat Excellence Programme (GREP)
• Peringkat: Sarjana dan Doktor Falsafah
• Laman sesawang: https://educationloan.mara.gov.my

c) Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
• Peringkat: pascasiswazah
• Laman sesawang: https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms

d) Yayasan Khazanah
• Peringkat: Semua program
• Tel: 03-5870 4333
• E-mel: yk@yayasankhazanah.com.my
• Laman sesawang : Klik disini

2. UKM

a) Bantuan Zakat Universiti
• Peringkat: Semua program
• Tel : 03-8921 4225/ 5820
• E-mel: infozakat@ukm.edu.my
• Laman sesawang: https://eprihatin.ukm.my/

b) Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja)
• Tel: 03-8921 4207/3100
• E-mel: awardsandscholarship@ukm.edu.my
• Laman sesawang;
Klik disini

3) Pelajar antarabangsa

Malaysia International Scholarship (MIS)
• Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan ko-kurikulum
• Tel: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6368
• E-mel: international@mohe.gov.my
• Laman sesawang: https://biasiswa.mohe.gov.my/INTER/login.php

Bahasa dan Gaya Tesis

1. Semua calon dikehendaki menulis tesis dalam Bahasa Melayu.

2. Sekiranya calon hendak menulis tesis dalam Bahasa Inggeris, calon perlu memohon secara bertulis kepada Pengarah ATMA di awal permohonan kemasukan Universiti hingga selewat-lewatnya pada semester keempat (4) bagi pelajar program sarjana dan semester keenam (6) pengajian bagi pelajar program.

3. Kelulusan menulis dalam Bahasa Inggeris boleh diberikan tertakluk kepada syarat berikut:

  • pelajar antarabangsa;
  • keperluan biasiswa;
  • keperluan majikan;
  • penyelia/ pemeriksa dari luar negara.

4. Tesis perlu ditulis mengikut Panduan Menulis Tesis Gaya UKM. (http://www.ukm.my/pusatsiswazah/templat-gayaukm)

Permohonan Kemasukan

Permohonan dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara atas talian. Kami  mempelawa permohonan untuk mengikut program ijazah Sarjana Persuratan atau Doktor Falsafah ATMA.

Permohonan boleh dibuat melalui sistem Join UKM (https://www.ukm.my/join).

Sistem permohonan ini adalah ditadbir oleh Pusat Pengurusan Akademik (PPA) yang boleh dihubungi di talian 03-8911 8455/8453/8389/8425 dan laman sesawang mereka ialah (www.ukm.my/akademik)

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pengajian ATMA, sila hubungi:

Pengarah ATMA
Tel: (+603) 8921 5254
E-mel: pghatma@ukm.edu.my

Timbalan Pengarah ATMA
Tel: (+603) 8921 5131
E-mel: tpghatma@ukm.edu.my

Urus Setia Siswazah/ Puan Syazriza Zulkapli
Tel: (+603) 8921 3323/ 5280
E-mel: siswazahatma@ukm.edu.my; syazriza@ukm.edu.my

Talian am mengenai Program Pengajian ATMA: 03-8921 5280