KAMUS Bahasa Melayu Bahasa Khmer
Butiran
Pengarang | : Mohamad Zain Musa, Abdul Latif Hj. Samian, Kdann Thoul, Thun Chhay Piseth, Ding Choo Ming, Mawar Safie |
Penerbit | : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA-UKM) |
Tahun | : 2014 |
Jumlah Halaman | : 154 |
Rujukan/Muat Turun | : Klik di sini |
Ringkasan
Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah usaha sama antara Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Royal Academy of Cambodia (RAC) Kemboja telah berjaya dilaksanakan menerusi MoU di antara kedua pihak yang termeterai pada 21 Februari 2013. Kerjasama ini dimulakan dengan mengadakan sebuah kamus yang diberi judul KAMUS BAHASA MELAYU – BAHASA KHMER. Kamus ini menyasarkan mereka yang ingin belajar samada Bahasa Melayu atau Bahasa Khmer peringkat asas (beginner). Kata masukan berbahasa Melayu dan padanannya di dalam Bahasa Khmer dipilih daripada perkataan-perkataan yang lazim digunakan oleh pengguna asas (beginner). Semua ini dilakukan oleh pakar-pakar dalam sidang editor yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Zain Musa. Diharapkan karya ini mampu menjadi langkah permulaan kerjasama di antara Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Royal Academy of Cambodia (RAC). Pertukaran tenaga pakar dalam pelbagai bidang di antara kedua pihak akan terus dilakukan dan hasil kerjasama tersebut akan diterbitkan dalam bentuk yang sesuai.
Diharapkan juga mereka yang berminat dan ingin mendalami pengetahuan Bahasa Melayu dan Bahasa Khmer boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada penerbitan karya ulung ini. Seterusnya kata-kata dasar akan ditambah lagi sebagai masukan kamus ini dari semasa ke semasa.
Ketua Penyunting
Prof. Madya Dr. Mohamad Zain Musa