WARISAN SENI UKIR KAYU MELAYU
Butiran
Pengarang | : Zawiyah Baba |
Penerbit | : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Tahun | : 2010 |
Jumlah Halaman | : |
Rujukan/Muat Turun | : Klik di sini |
Ringkasan
Buku ini mengandungi 18 makalah yang dibentang di Seminar Antarabangsa Seni Ukir Melayu : Warisan Nik Rashiddin yang diadakan di Kandis, Kelantan pada 24 – 26 November 2008. Seminar ini adalah sebahagian aktiviti projek penyelidikan Penerokaan dan Pemuliharaan Sumber Seni Ukir Tradisional Melayu yang dijalankan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM dengan kerjasama Kandis Resource Centre Sdn. Bhd. Buku ini meliputi pelbagai aspek seni ukir Melayu termasuk kisah hidup allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein pengukir tersohor, koleksi peribadi beliau, seni ukir sebagai hiasan, motif dalam seni ukir Melayu, memanfaatkan teknologi dalam menyediakan akses kepada artifak serta pemasaran produk seni ukir Melayu.
Penyunting: Dato’ Zawiyah Baba ialah bekas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan kini Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
ISBN : 978-983-2457-19-0