Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) MS ISO 9001:2015

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) MS ISO 9001:2015 telah dijalankan di Unit Audit Dalam (UAD), UKM pada 23 Februari 2022. Pengauditan telah dilaksanakan oleh Encik Norhishah Elias daripada Fakulti Perubatan yang mana skop pengauditan adalah prosedur pengauditan UAD bagi tahun 2021.

Audit Dalaman ini dijalankan adalah bagi memastikan pengurusan kualiti di UAD mematuhi keperluan Standard MS ISO 9001:2015 serta dilaksanakan dengan berkesan.

Di antara semakan yang dilakukan oleh Encik Norhishah adalah terhadap sampel fail-fail audit terpilih di samping semakan ke atas penemuan audit dalaman SPKP terdahulu, program tahunan audit, rumusan tahunan dan pengurusan risiko. Hasil daripada pengauditan tersebut, terdapat satu peluang penambahbaikan (OFI) yang dikeluarkan oleh Encik Norhishah terhadap proses pengauditan.

Penemuan audit tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan UAD pada 15 -16 Mac 2022 untuk melihat kepada tindakan bagi menutup OFI tersebut.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi pengauditan ini.