Mesyuarat Semakan Pengurusan UAD Sesi Pertama 2022

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam sesi pertama bagi tahun 2022 telah diadakan pada 01 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Bangi Resort Hotel.

 

Tujuan MSP ini adalah bagi menyemak dan menambahbaik prestasi setiap Jawatankuasa yang terdapat di dalam Jawatankuasa Pengurusan Kualiti UAD. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015 yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM.

 

Agenda MSP pada kali ini membincangkan laporan daripada Jawatankuasa-Jawatankuasa berikut:

  1. Jawatankuasa Dokumentasi
  2. Jawatankuasa Analisis Data
  3. Jawatankuasa Pemantauan CA
  4. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  5. Jawatankuasa Aduan dan Maklum Balas Pelanggan
  6. Jawatankuasa QAR
  7. Jawatankuasa Peningkatan Kualiti, Publisiti dan Latihan
  8. Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pembekal
  9. Jawatankuasa Laman Web
  10. Jawatankuasa 5S/EKSA

 

MSP sesi pertama tahun 2022 ini melibatkan seramai 17 kakitangan Unit Audit Dalam dan berjaya mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi akan diambil tindakan oleh setiap jawatankuasa yang berkaitan.

 

MSP sesi kedua tahun 2022 akan diadakan selepas selesai sesi audit dalaman MS ISO 9001:2015 dijalankan pada pertengahan bulan Mei 2023.