Bengkel Pemantapan Unit Audit Dalam UKM (Siri 2)

Unit Audit Dalam (UAD) telah selesai menjalankan Bengkel Pemantapan Unit Audit Dalam UKM (Siri 2) pada 21 hingga 22 Mac 2012 (Rabu & Khamis) di Bangi Golf Resort. Bengkel ini diadakan bagi membuat persediaan menghadapi ISO yang dijangka akan bermula pada bulan Mei 2012. Antara objektif utama bengkel ini diadakan ialah untuk membentangkan prosedur pengauditan yang dikemaskini dan pemfailan rekod-rekod pengauditan, mengemaskini fail meja, carta alir serta dokumen-dokumen pentadbiran untuk diselaraskan dengan keperluan ISO. Selain itu, bengkel ini turut membentangkan aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Kualiti pada tahun 2012 untuk makluman kakitangan UAD serta berkongsi pandangan dikalangan semua kakitangan bagi mendapatkan tindakan penambahbaikan yang berkesan untuk menghadapi persijilan ISO. Bengkel yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang memberikan kerjasama dalam bengkel yang diadakan. Diharapkan bengkel ini dapat memantapkan lagi Unit Audit Dalam sebagai PTJ yang sentiasa bersedia dalam melaksanakan SPK selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2008.