Kursus Pengauditan Anjuran Unit Audit Dalam UKM

Unit Audit Dalam UKM telah menganjurkan Kursus Pengauditan pada 28 dan 29 Mei 2012 (Isnin dan Selasa) yang bertempat di Puri Pujangga UKM. Objektif kursus pengauditan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta terhadap garis panduan pengauditan, perancangan, teknik-teknik pengauditan, pelaksanaan dan pelaporan yang dapat digunakan dalam menjalankan kerja-kerja pengauditan. Selain itu, melalui wadah ini juga akan dapat meluaskan rangkaian, bertukar-tukar pendapat, mempelajari dan menimba pengalaman dari kalangan peserta-peserta. Seramai 27 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 13 kakitangan Unit Audit Dalam, UKM dan selebihnya adalah peserta dari pelbagai agensi iaitu UPM, USIM, ASWARA, PPUM, MPAJ, MPSepang, UniKL, SPAN, MAWIP dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam. Penceramah yang berpengalaman telah dijemput bagi menyampaikan kursus ini yang terdiri daripada En. Mohd Serjana Bin Ibrahim dari Jabatan Audit Negara, Pn. Hjh. Noor Akma Bt. Mohd Baki dari Akademi Audit Negara dan Pn. Hjh. Johanna Bt. Ngadimun dari Unit Audit Dalam, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air. Adalah diharapkan melalui kursus ini akan dapat membantu peserta memperkukuhkan asas dalam bidang pengauditan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kompetensi dalam menjalankan pengauditan.