DATA MoU UKM-DOSM
Data yang dibekalkan di bawah MoU antara UKM-DOSM ini adalah terbuka kepada warga UKM sahaja (akademik, kakitangan bukan akademik dan pelajar) untuk kegunaan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Penggunaan data adalah tertakluk kepada syarat dan terma pembekalan data mikro UKM-DOSM.
Sehingga kini, Bank Data UKM menyimpan tujuh jenis data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia melalui MoU antara UKM-DOSM.
Jenis-jenis data sedia ada adalah seperti berikut:
BIL. | DATA MIKRO MoU | TAHUN |
1. | Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (BANCI) | 1980, 1991, 2000, 2010 |
2. | Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah(HES) | 1998, 2004, 2009, 2014, 2016, 2019, 2022 |
3. | Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah(HIS) | 2007, 2009, 2012, 2014, 2016, 2019, 2022 |
4. | Penyiasatan Pembuatan Tahunan (PEMBUATAN) | 2003, 2006, 2009, 2012, 2015/6 |
5. | Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB)/ Survei Tenaga Buruh (STB) | 1982, 1985, 1988, 1997, 2000, 2003, 2006, 2009, 2012, 2015, 2018, 2021 |
6. | Survei, Gaji dan Upah | 2010, 2013, 2016, 2019 |
7. | Survei Khas: Kesan COVID-19 ke atas Individu dan Syarikat | 2020 |
8. | Penyiasatan Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah | 2015, 2017, 2018, 2019, 2020 |
*maklumat telah dikemaskini sehingga 1 April 2024