HEALTHCOMM FSSK bersama KKM dan WHO Terajui Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
Oleh : Muhammad Akmal Arfan (DCU)
8 Sep 2024
Pada 8 September 2024 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, secara rasmi telah melancarkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) yang bertujuan memperkasa rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam penjagaan kesihatan. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat dan mendorong tindakan proaktif dalam menjaga kesihatan mereka.
DLKK merangkumi definisi yang lebih luas mengenai literasi kesihatan, yang tidak hanya melibatkan kemampuan memahami maklumat kesihatan tetapi juga meningkatkan tahap kompetensi individu untuk mengambil langkah-langkah yang efektif dalam penjagaan kesihatan. Garis panduan yang disediakan melalui DLKK akan membantu memastikan setiap pemegang taruh, termasuk individu, agensi kerajaan, sektor swasta, dan NGO, dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam isu-isu kesihatan.
HEALTHCOMM memainkan peranan penting dalam pembangunan dasar ini melalui beberapa langkah utama. Ini termasuk menilai dasar dan program literasi kesihatan sedia ada di Malaysia, membangunkan rangka kerja dasar yang sesuai untuk konteks Malaysia, serta mengusulkan pelan strategik bagi pelaksanaan DLKK. Pelan ini melibatkan lebih 100 pemegang taruh dari pelbagai sektor termasuk kerajaan, swasta, dan NGO, dalam usaha memastikan pelaksanaan dasar literasi kesihatan yang berkesan.
Dasar ini dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama World Health Organization (WHO) dan Pusat C4D UKMxUNICEF Komunikasi Kesihatan (HEALTHCOMM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dengan pembiayaan geran penyelidikan daripada WHO, HEALTHCOMM berperanan dalam meningkatkan advokasi polisi, tadbir urus, dan pelaksanaan literasi kesihatan di Malaysia. Matlamatnya adalah untuk memperkukuhkan usaha pencegahan penyakit dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh sistem kesihatan negara dengan melibatkan semua lapisan masyarakat dalam usaha meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Dengan memberikan penekanan yang lebih besar terhadap literasi di luar sistem penjagaan kesihatan, langkah ini berpotensi untuk memperkukuhkan usaha pencegahan penyakit dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh sistem kesihatan, dengan melibatkan semua lapisan masyarakat dalam usaha meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Portal Bata Merah
Portal Berita Bata Merah FSSK
Segala penulisan artikel di dalam portal ini adalah hak cipta sepenuhnya Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulisan di dalam portal ini tidak mencerminkan pandangan hakiki fakulti ini ke atas mana-mana isu dan hanya berlandaskan pandangan dan pendapat ahli-ahli akademik FSSK, UKM.
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor
MALAYSIA
Waktu Operasi
ISNIN hingga KHAMIS
8.00 pagi hingga 1.00 ptg
2.00 ptg hingga 5.00 ptg
JUMAAT
8.00 pagi hingga 12.15 tgh
2.45 ptg hingga 5.00 ptg
© Hakcipta Terpelihara © 2024 | DCU, FSSK