Memperkasa negara bangsa menerusi penyelidikan penyelidik muda pascasiswazah adalah merupakan agenda utama sesebuah universiti penyelidikan seperti UKM. Justeru penganjuran Persidangan Pascasiswazah FSSK kali kelapan atau POGRES2025 merupakan platform yang tepat untuk menyokong hasrat ini.
Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIMXVIII 2024) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 24 Oktober 2024 di Bangi, Selangor.
Kehebatan kakitangan akademik di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) tidak perlu disangkal lagi apabila salah seorang daripadanya telah berjaya tersenarai di dalam World Top 2% Scientist 2023 oleh Elsevier BV, Stanford University. Dr. Cheah Wai Yan daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) merupakan satu-satunya penyelidik daripada FSSK yang tersenarai bersama-sama 72 penyelidik lain di UKM.
Bersempena dengan Minggu Literasi Media dan Informasi Global, JomCheck Malaysia dengan kerjasama UNESCO telah menganjurkan forum literasi media dan informasi l yang bertemakan “Navigating Truth in the Digital Age: Empowering Global Citizens through Media and Information Literacy” pada 22 Oktober 2024.
Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan (PsiTra) FSSK UKM telah menganjurkan Konvensyen Psikologi Koreksional Kebangsaan 2024 yang berlangsung dari 14 hingga 15 Oktober 2024 di Dewan Perdana FSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada 8 September 2024 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, secara rasmi telah melancarkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) yang bertujuan memperkasa rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam penjagaan kesihatan.
Jaringan penyelidikan FSSK di peringkat antarabangsa terutamanya dengan negara Jepun kini boleh dikatakan sudah berada pada satu tahap yang membanggakan. Hal ini dibuktikan melalui jumlah perolehan dana antarabangsa terkumpul berkaitan dengan Jepun berjumlah hampir RM1.8 juta daripada pelbagai sumber termasuk UKM sendiri,
Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK