Bersempena dengan Minggu Literasi Media dan Informasi Global, JomCheck Malaysia dengan kerjasama UNESCO telah menganjurkan forum literasi media dan informasi l yang bertemakan “Navigating Truth in the Digital Age: Empowering Global Citizens through Media and Information Literacy” pada 22 Oktober 2024.
Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIMXVIII 2024) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 24 Oktober 2024 di Bangi, Selangor. Persidangan dwitahunan ini merupakan platform penting yang dianjurkan secara bergilir sejak tahun 1985 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universitas Padjajaran (UNPAD), Indonesia.
Jaringan penyelidikan FSSK di peringkat antarabangsa terutamanya dengan negara Jepun kini boleh dikatakan sudah berada pada satu tahap yang membanggakan. Hal ini dibuktikan melalui jumlah perolehan dana antarabangsa terkumpul berkaitan dengan Jepun berjumlah hampir RM1.8 juta daripada pelbagai sumber termasuk UKM sendiri
Pada 8 September 2024 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, secara rasmi telah melancarkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) yang bertujuan memperkasa rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam penjagaan kesihatan.
Delegasi dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, telah mengadakan lawatan penanda arasan latihan industri antarabangsa dan lawatan balas kerjasama ke Fakultas Ilmu Sosial Ilmu Politik (FISIP) dan Fakultas Ilmu Budaya (FIB) di Universitas Sumatera Utara (USU), Indonesia.
Jalinan kerjasama akademik yang erat di antara para penyelidik di Malaysia dan Jepun telah diperkukuhkan lagi melalui penubuhan Pusat Kajian Malaysia (Centre for Malaysian Studies) di Soka University, Jepun yang telah dirasmikan pada 25 April 2024 yang lalu.
Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK