Preti Kaur Gill Terima Anugerah Pelajaran DiRaja

Oleh: Muhammad Akmal Arfan

Berkat usaha gigih dan dedikasi yang berterusan telah meletakkan Preti Kaur Gill A/P Jagjit Singh Gill, graduan program Komunikasi Media Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja bersempena Majlis Konvokesyen UKM ke-52.

Selain itu pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, penglibatannya dalam Kelab UKM Ambassador dan Kelab UNESCO juga turut mengasah kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan yang menjadi titik mula kepada kejayaan beliau dalam bidang penyiaran. 

Di peringkat antarabangsa, Preti turut mewakili Malaysia ke UGM-AUN SUMMER CAMP 2024 di Indonesia dan Persidangan Association of Universities of Asia and the Pacific (AUAP) di Thailand. 

Disamping itu, Preti, yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran, mengakui bahawa ilmu dan pengalaman yang diperolehnya di FSSK telah menjadi landasan kepada segala pencapaiannya. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Prof Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad, pensyarah yang memperkenalkan beliau kepada Kelab UKM Ambassador dan memainkan peranan penting dalam membentuk jati dirinya serta membuka ruang untuk beliau mengejar impian.

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate ยป