Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 13 Oktober 2022 – Konsert Disini Lahirnya Sebuah Cinta menjadi penutup Minggu Apresiasi WATAN sesi akademik 2022/2023, malam tadi.
Konsert yang penuh warna-warni itu menampilkan pelbagai persembahan seni dan budaya, sketsa, nyanyian dan tarian moden dan tradisional.
Konsert yang dimulakan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh Persatuan ARTISUKMA UKM itu turut diserikan dengan persembahan-persembahan daripada pelajar baharu UKM.
Palajar-pelajar itu mempersembahkan teater muzikal Disini Lahirnya Sebuah Cinta yang menggabungkan teater, tarian dan nyanian. Untuk persembahan itu, mereka menjalani latihan selama beberapa jam untuk tempoh 4 hari bagi menghasilkan sebauh persembahan yang sangat menarik.
Lebih menarik lagi, pengetua-pengetua kolej kediaman turut membuat persembahan Zapin Usik Mengisik manakala dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah institut pula mempersembahkan Dikir Anak Tupai.
Acara kemuncak adalah persembahan istimewa penuh bertenaga oleh Pengurusan Tertinggi UKM yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman dan Timbalan-timbalan Naib Canselor yang mempersembahkan Leksikologi Pendekar Naskah Mentera Semerah Padi.
Konsert Disini Lahirnya Sebuah Cinta ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT, Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Ahli-ahli LPU, Dato’ Yeow Wah Chin dan Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie. Dengan berakhirnya program malam ini, maka lengkaplah Minggu Apresiasi WATAN 2022 yang telah diadakan selama lima hari.