Rakan Muda Diberi Nafas Baharu

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman


BANGI, 25 Jun 2023 – Program Rakan Muda yang diberikan nafas baharu
memperkenalkan 10 gaya hidup, selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, inisiatif berkenaan adalah Rakan Aktif,
Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik,
Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.


Rakan Muda yang diperkenalkan pada tahun 1994 diberikan nafas baharu selaras
perkembangan teknologi.


“Dengan adanya nafas baru ini agak berbeza dulu semua dapat sijil tetapi sekarang semua
guna aplikasi yang ada rakan strategik iaitu Grab, Shopee, Lazada dan Food Panda.
“Belia yang mendaftar akan dapat ganjaran daripada empat aplikasi yang popular ini,”
katanya.


Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengekalkan logo, lagu dan tagline
Rakan Muda ‘Yakin Boleh’ versi 29 tahun lalu.


“Lagu, logo dan tagline dikekalkan. What is not broken, does not need to be fixed,” (apa
yang tidak rosak, tidak perlu diperbaiki),” katanya.


Majlis disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Canselor
Tunku Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd.
Razak; Ahli LPU, Dato’ Dr. Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts.
Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman

Leave a Reply