Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023 – APEC Regional Workshop on Dementia Prevention 2023 yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dengan kerjasama Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) telah menghimpunkan kira-kira 200 peserta bagi membincangkan isu penuaan di negara APEC.
Bengkel dua hari secara hibrid itu diadakan bagi memperkasakan komuniti melalui perbincangan kesihatan dengan memberi tumpuan kepada masyarakat menua.
Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Mohd Azman Yacob berkata di negara APEC, dijangkakan pada tahun 2050 jumlah masyarakat menua akan meningkat empat kali ganda, termasuk di Malaysia.
“Jadi kita tahu apabila kita berdepan dengan negara menua, risiko utama selain dari penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya, ada penyakit lain yang lebih memudaratkan iaitu dementia atau nyanyuk.
“Nyanyuk tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Ia berlaku melalui beberapa fasa. Dari early stage sampailah ke extreme.
“Jadi tujuan kita mengadakan bengkel ini adalah untuk early detection of dementia, iaitu membincagkanstrategi-strategi untuk kita mengesan dengan lebih awal.
“Yang paling mudah sekali adalah daya ingatan, mood changes seperti mengalami masalah tidur malam atau insomnia. Jadi benda-benda macam ini kita kena kesan dari awal,” katanya kepada media selepas merasmikan APEC Regional Workshop on Dementia Prevention 2023, di Hotel Berjaya Times Square, di sini.
Beliau berkata penyakit nyanyuk perlu didiagnosis lebih awal untuk mengelakkan penyakit tersebut menjadi lebih mudarat.
“Kita boleh mengurangkan kemudaratan dengan menganjurkan aktiviti yang sihat dalam kehidupan masyarakat. Antaranya adalah aktiviti bersosial dengan mengambil kira cultural sensitivity,” ujarnya.
Dr Mohd Azman berkata melalui bengkel yang disertai oleh peserta dari beberapa negara APEC termasuk Malaysia, Australia, Sweden, Thailand, Chili dan Peru, isu ini dapat dibincangkan dengan lebih mendalam dan dapat bertukar pendapat dengan negara-negara tersebut berkenaan pencegahan penyakit itu.
“Aging population untuk jangka hayat lelaki di negara kita adalah 74 tahun dan wanita adalah 78 tahun.
“Jadi kita nk mengesan lebih awal supaya kita boleh mengelakkan penyakit ini (nyanyuk) menjadi lebih teruk,” tambahnya lagi. Turut hadir ke bengkel ini adalah Dekan FSK, Prof. Dr. Suzana Sahar.