Oleh Kogileswari Vellisamy
Foto Izwan Azman
BANGI, 25 Mei 2023 – Setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik Covid-19, kini Fakulti Pendidikan meraikan kembali Sambutan Hari Guru peringkat fakulti dengan tema ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’.
Sambutan yang diadakan di Dewan Kuliah Utama Pusat Siswazah dijalankan secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran penysrah-pensyarah dan pelajar dari Fakulti Pendidikan.
Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin itu bergema dengan nanyian lagu ‘Kami Guru Malaysia’ dan turut diserikan dengan persembahan pelajar.
Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang dalam ucapannya berkata kerjaya sebagai guru bukan hanya sekadar mendidik, malah guru-gurulah yang bakal melahirkan generasi progresif, berakal budi dan berdaya maju demi negara yang lebih cemerlang.
Pada majlis ini juga, turut diadakan penyampaian anugerah iaitu Anugerah Tunas Pendidik, Anugerah Emas Pendidik dan Anugerah Tokoh Guru (Alumni)