UKM Sumbang 4,600 Naskah Al-Quran kepada Mahasiswa Baharu

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 Oktober 2024 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyumbang sebanyak 4,600 naskah al-quran kepada pelajar-pelajar baharu sesi akademik 2024/2024 bagi mengingkatkan kefahaman dan penghayatan al-quran di kalangan pelajar UKM.

Naib Canselor, Prof Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata sumbangan al-quran itu adalah selaras dengan racangan penubuhan Akademi Islam di bawah Pusat Islam yang akan menyediakan kelas Pengajian Al-Quran kepada warga menjelang bulan Oktober 2025.

“Program ini bertujuan untuk membantu pelajar membentuk sahsiah yang positif berdasarkan ajaran Al-Quran, mewujudkan ikatan antara pelajar yang berasaskan nilai-nilai agama dan moral, memberi peluang kepada pelajar untuk terus belajar dan memahami Al-Quran melalui aktiviti tadabur dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan mendalam mengenali hikmah Al-Quran.

“Bagi menjayakan usaha murni ini, pihak universiti telah bermurah hati meluluskan peruntukan sebanyak RM322,000 untuk membekalkan 4,600 naskhah al Quran Mufiq kepada semua pelajar baharu UKM,” katanya.

Penyampaian naskah al-quran itu dilakukan semasa program UKM Berselawat: Demimu Palestin sempena Minggu Apresiasi Watan 2024/2025.

Program ini dipimpin oleh alumni hebat UKM, Ustaz Dr. H. Das’ad Latif, yang merupakan Pensyarah, Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia.

Dalam tausiah Demimu Palestin, Ustaz Dr. H. Das’ad Latif telah mengajak para hadirin untuk sentiasa mensyukuri dengan nikmat yang telah Allah SWT berikan dalam hidup ini.

Beliau juga turut mengingatkan kepada semua untuk manfaatkan ilmu dalam membina agama dan ilmu itu perlu disertai dengan amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Majlis ini diserikan dengan alunan salawat, qasidah dan deklamasi sajak oleh kumpulan Syabab El-Mustofawiyah yang didatangkan khas dari negeri Kedah.

Leave a Reply