Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan

Sumbangan Pek Makanan & Duit Raya

Pada 22 April 2022, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan telah menganjurkan satu program khas iaitu Sumbangan Pek Makanan & Duit Raya. Pek makanan dan duit raya ini merupakan hasil sumbangan daripada kakitangan dan pelajar di Jabatan Biokimia sendiri. Sumbangan ini telah diagihkan kepada pesakit-pesakit di Wad Neurosurgeri 5E, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). 

Tahniah kepada Jabatan Biokimia kerana telah berjaya melaksanakan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.