Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan

AGILENT SEAHORSE XF PRO ANALYZER: Ignite Innovation in Mitochondria and Metabolism Research

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof/Prof/Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan

Jemputan Ke “AGILENT SEAHORSE XF PRO ANALYZER: Ignite Innovation in Mitochondria and Metabolism Research

Sukacita dimaklumkan Jabatan Biokimia, UKM dengan kerjasama Genomax Technologies Sdn Bhd akan menganjurkan Technology Talk & Workshop seperti berikut.

Tarikh : 14 – 15 Jun 2023 (Rabu & Khamis)
Tempat : DK1 Bangunan Pendidikan HCTM (Tech talk) & Makmal Tisu Kultur, Tingkat 11, Jabatan Biokimia, Bangunan Praklinikal UKM Kampus KL (Workshop)

Pendaftaran : https://forms.office.com/r/M1yzMg87aW

Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya ingin mengundang YBhg. Prof/Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk bersama-sama menyertai bengkel ini.

Penyertaan adalah percuma. Sijil penyertaan dan mata UrusBakat (UKM sahaja) akan diberikan kepada peserta yang menyertai Tech Talk atau Workshop dari awal hingga tamat.

Dilampirkan poster bengkel untuk makluman dan rujukan.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyertaan boleh hubungi Puan Nur Fathiah Abdul Sani di talian 03-91459544/8661 atau email ke kjbiokimia@ppukm.ukm.edu.my

Sekian, terima kasih.