Jabatan Biokimia mengalu-alukan pengunaan alat Mitochondria Function Seahorse Analyser oleh semua ahli penyelidik fakulti yang berminat menjalankan penyelidikan berkaitan fungsi mitokondria. Untuk memastikan penggunaan yang optimum dan teratur, sila hubungi pihak Jabatan Biokimia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur tempahan, latihan penggunaan, serta garis panduan keselamatan yang perlu dipatuhi.