Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan
Sarjana Sains Perubatan (Biokimia), UKM secara kerja kursus
Jangka masa program ini adalah selama 2 tahun. Jumlah minimum kredit yang diperlukan adalah 40 jam kredit yang terdiri daripada kerja kursus (24 jam kredit) dan projek penyelidikan dengan disertasi (16 jam kredit).
Jangka masa program ini adalah selama 2 tahun.
Jangka masa program ini adalah selama 3 tahun.
Tahun | Semester | Kursus |
Tahun 1 | Sem 1 | FB6154 Functional Human Biochemistry FB6123 Metabolism and Its Regulation FB6132 Tissue Biochemistry in Health & Disease |
Sem 2 | FB6213 Nutritional Biochemistry in Health and Disease FB6223 Molecular Basis of Genetic Disease FB6233 Omics Technology: Technique and Its Application FB6244 Research Methodology | |
Tahun 2 | Sem 3 | FB6328 Research Project 1 |
Sem 4 | FB6428 Research Project 2 |
Program ini menekankan penyelidikan dengan nilai-nilai kepimpinan, tanggungjawab dan peranan masyarakat berdasarkan pengetahuan, nilai etika dan profesionalisme.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan seperti ulasan artikel, merancang dan menjalankan eksperimen, pengumpulan dan analisis data, membuat keputusan, penulisan tesis dan manuskrip, serta pembentangan di seminar dan persidangan.
Calon mestilah mempunyai ijazah dalam Bioperubatan, Bioteknologi atau Biologi dengan CGPA 3 atau setaraf dari UKM atau universiti lain yang disenaraikan oleh Senat dengan skor IELTS 6.5 atau skor minimum 550 untuk TOEFL.