KURSUS BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT (BBOM)

Pada 18-19 Mei yang lalu, Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM telah menganjurkan Kursus Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat (BBOM) yang telah dihadiri oleh PBS BSMM Cabang UKM seramai 29 orang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan pengurusan bencana dan operasi menyelamat yang semestinya penting dipelajari oleh sukarelawan BSMM di bawah tunjukajar jurulatih yang berpengalaman. Antara modul yang telah dijalankan dalam kursus ini ialah Pengenalan Bencana, Usungan Berhalangan, Komunikasi Radio, Masakan Berkelompok dan Simulasi Bencana.

Semoga dengan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan PBS sekaligus melengkapkan sukarelawan-sukarelawan BSMM Cabang UKM dalam menghadapi cabaran yang mendatang.