TAKLIMAT BANTUAN PERUBATAN SEMPENA MINGGU APRESIASI WATAN (MAW) 2024
Satu sesi taklimat dan praktikal serta soal jawab bantuan perubatan telah diadakan pada 25 September 2024 oleh Dr Mohd Najid selaku Pegawai Perubatan BSMM/PKU kepada pemudahcara-pemudahcara BSMM, bertempat di bilik mesyuarat PKU.
Pemudahcara BSMM ini akan bertugas di kolej kediaman dan fakulti sepanjang minggu pendaftaran pelajar baharu sesi 2024/2025 yang akan bermula pada 28 September hingga 2 Oktober.