PREVENTING DOMESTIC ACCIDENT CAMPAIGN UKM 2024
Tahniah diucapkan kepada semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berjaya menyertai Program Preventing Domestic Accident Campaign sebagai fasilitator. Untuk makluman saudara/i, Graduate School Of Business (UKM-GSB) dengan Kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Program Preventing Domestic Accident Campaign di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah pada 26 Julai 2024 (Jumaat) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson. Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyampaikan syarahan mengenai ilmu pertolongan cemas meliputi situasi pertolongan cemas biasa dan kaedah rawatan (seperti CPR, tercekik, pengurusan pendarahan, dil.), dan garis panduan untuk menggunakan peti pertolongan cemas. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam latihan pertolongan cemas secara praktikal. Semoga dengan ilmu yang dicurahkan ini, kita dapat membentuk masyarakat yang lebih cakna tentang ilmu pertolongan cemas.